Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 9:25 AM UTC, Jun 24, 2018

Piala Dunia 2018 : Perancis Catat Kemenangan 3-1 Tewaskan Rusia

  • Published in Sukan
Foto - Reuters

RUSIA - Selepas tewas 2-3 kepada Colombia dalam perlawanan persahabatan antarabangsa menjelang Piala Dunia 2018 sebelum ini, Perancis bangkit kembali untuk mencatat kemenangan 3-1 menewaskan tuan rumah Rusia.

Dua daripada tiga jaringan Perancis hadir melalui penyerang sensasi, Kylian Mbappe.

Bermain di St Petersburg, Les Blues terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-40 jaringan Mbappe.

Kedudukan ini kekal hingga tamat babak pertama.

Empat minit selepas bermulanya babak kedua, Paul Pogba mengagumkan Didier Deschamps dengan jaringan sepakan percuma cantik untuk Les Blues 2-0 di depan.

Selepas itu, Rusia berjaya merapatkan jurang 1-2 minit ke-68 hasil jaringan Smolov.

Tujuh minit sebelum tamat, Mbappe sekali lagi mengelirukan pertahanan Rusia untuk menjaringkan gol ketiga.

Kedudukan 3-1 kekal hingga tamat perlawanan.

((RTM / TV))