Wednesday, October 18, 2017
vital-top
updated 3:22 AM UTC, Oct 18, 2017

Messi Tiba Di Mesir Untuk Kempen Pelancongan Perubatan

CAIRO - Bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi berada di Mesir untuk mempromosi Afrika Utara sebagai destinasi pelancongan perubatan untuk pesakit hepatitis C.

Perkara itu dinyatakan Messi menerusi laman rasmi Facebooknya. 

Messi menandatangani perjanjian untuk menjadi Duta Pelancongan dan Penyembuhan, yang merupakan inisiatif terbaharu Mesir. 

Program itu menawarkan rawatan untuk pesakit hepatitis C dari seluruh dunia "tanpa masa menunggu dengan kos yang berpatutan". 

((AFP))