Wednesday, October 18, 2017
vital-top
updated 3:22 AM UTC, Oct 18, 2017

Skuad Bola Jaring Negara Mahu Tebus Kekecewaan

KUALA LUMPUR - Pasukan bola jaring negara berhasrat menebus kekecewaan Sukan Sea 2015 di Singapura pada Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur nanti. 

Ketua pasukan, Nurul Adha Abu Bakar mahu, pingat emas berjaya diraih pada edisi kali ini, sekaligus memadam kekecewaan tewas final 2015 kepada tuan rumah. 

Beliau berkata, sebelas muka lama yang beraksi pada 2015 dikekalkan bagi memastikan keserasian pasukan pada Sukan Sea kali ini. 

Nurul Adha berkata demikian ketika sesi latihan yang turut dihadiri Chief de Mission, Datuk Marina Chin. 

Sementara itu, Ketua Jurulatih, Tracey Robinson berkata, sebagai persiapan beberapa siri perlawanan persahabatan akan dijalankan menjelang temasya Sukan Sea Ogos nanti. 

Malaysia tewas ditangan tuan rumah pada aksi final Sukan Sea 2015 dengan keputusan 43-46. 

Kali terakhir skuad bola jaring negara memperoleh pingat emas adalah pada Sukan Sea di Kuala Lumpur pada 2001. 

((RTM))