Thursday, June 21, 2018
vital-top
updated 2:39 PM UTC, Jun 21, 2018

Piala Dunia 2018 : Brazil Perbaiki Maruah Tewaskan Jerman 1-0

  • Published in Sukan
Foto - AFP

RUSIA - Sementara dalam perkembangan bolasepak persahabatan antarabangsa menjelang pusingan Piala Dunia 2018 Rusia.

Tuan rumah, Jerman tewas 0-1 di tangan Brazil.

Ini merupakan pertemuan pertama kedua-dua pasukan sejak Brazil dimalukan Jerman 1-7 pada separuh akhir Piala Dunia 2014.

Brazil hadir di Jerman untuk membuktikan mereka sebuah pasukan yang berbeza berbanding sebekum ini.

Penyerang Manchester City, Gabriel Jesus menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-37 untuk Brazil mendahului.

Dan selepas itu, Jerman yang tidak mudah mengaku kalah walaupun bermain dalam perlawanan persahabatan cuba mencari gol penyamaan namun tidak berhasil.

Termasuk peluang terbaik di penghujung perlawanan, percubaan Toni Kroos diselamatkan Alisson.

Ini merupakan kekalahan pertama Jerman dalam 22 perlawanan seterusnya gagal menyamai rekod 23 perlawanan mereka sendiri.

((RTM / TV))