Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 9:25 AM UTC, Jun 24, 2018

Sasaran Komanwel Atasi Pencapaian Di Glasgow Atau 10 Negara Terbaik

  • Published in Sukan
Foto - KBS Malaysia

PUTRAJAYA - Perkembangan kontinjen Malaysia di Sukan Komanwel Gold Coast, Australia.

Selepas lama menjadi tanda tanya, akhirnya  Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan sasaran pingat pada temasya edisi ke 21 itu.

Sama ada mengatasi pencapaian di Glasgow ataupun 10 negara terbaik.

Beliau yakin dengan persediaan yang rapi oleh kontinjen negara dan berharap agar atlet dapat mencapai sasaran dan memberikan yang terbaik untuk negara.

Sementara itu Chef De Mission Sukan Komanwel, Huang Ying How berkata sasaran beliau memilih sasaran 10 kontinjen terbaik berbanding memperbaiki pingat di glasgow kerana yakin dengan kemampuan atlet Malaysia yang telah membuat persiapan rapi untuk ke Komanwel.

Pada temasya di Glasgow 4 tahun lalu, kontinjen Malaysia mengakhiri temasya dengan 6 pingat emas.

((RTM / TV))