Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:32 AM UTC, Nov 20, 2017

Miri Tuan Rumah Bola Sepak Piala Sharifah Rodziah 2017

MIRI - Bandaraya Miri, Sarawak  akan menjadi tuah rumah perlawanan Bolasepak Piala Sharifah Rodziah 2017 pada 6 hingga 19 April depan.  

Menurut Menteri Muda Solidariti Sarawak, Rosey Yunus, buat pertama kalinya Pertandingan Bolasepak itu diadakan di luar Semenanjung dan julung kali diadakan di Sarawak. 

Pertandingan bolasepak wanita peringkat kebangsaan itu melibatkan 12 negeri.

Jelasnya pemilihan Miri sebagai lokasi kejohanan itu berikutan kejayaan bahagian itu menjadi lokasi bagi tiga acara sukan untuk Sukan Malaysia,  tahun lepas. 

((RTM))