Thursday, August 22, 2019
updated 12:32 PM UTC, Aug 22, 2019

KJ tidak layak tanding jawatan Presiden MPM

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) tidak layak bertanding untuk jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu esok, selepas gagal menepati tarikh tutup pencalonan.

Ini berikutan, keputusan Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) hari ini, yang mendapati MPM terkhilaf berhubung tarikh tutup borang pencalonan yang disangkakan pada 15 Jun.

Selain itu, menurut PPS keputusan Lembaga Eksekutif MPM menerima lima borang berkenaan boleh dipertikai kerana setiausaha agung MPM memaklumkan ia hanya diputuskan oleh presiden dan timbalannya sahaja tanpa merujuk anggota exco yang lain.

PPS mendapati berlaku ketidakakuran dalam proses pencalonan tersebut dan keadaan ini adalah tidak mengikut peraturan dan syarat yang telah ditetapkan

Dalam kenyataan sama, PPS turut memaklumkan telah menerima aduan daripada Persatuan Kanu Malaysia (MASCA) pada Selasa lalu, berhubung bantahan terhadap pencalonan pada AGM tersebut.

PPS memaklumkan telah menjalankan siasatan dan memanggil kedua-dua pihak (MASCA dan MPM) bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara tersebut.