Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 9:25 AM UTC, Jun 24, 2018

588 Atlet Ambil Bahagian Dalam MSS Kedah

  • Published in Sukan

LANGKAWI - Seramai 588 atlet dari seluruh Kedah kini berada di Langkawi bagi menyertai Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kedah (MSSK).
  
MSSK kali ke-59 itu dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Dato'  Azizan Nordin dan turut dihadiri Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Rozaini Ahmad.

Sebanyak 8 daerah menghantra peserta pada kejohanan kali ini.

Kejohanan yang dijadual berlangsung selama empat hari itu turut disertai 76 atlet dari pasukan tuan rumah dengan menyasarkan 23 emas.

Langkawi dipilih menjadi tuan rumah pada kali ini adalah bagi mendedahkan pelajar dari daerah-daerah lain terhadap perpaduan dan gaya hidup sihat di pulau itu.

Ini merupakan kali kedua Pulau Lagenda itu menjadi tuan rumah, kali pertama pada 2007.

((RTM KEDAH))