Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 9:25 AM UTC, Jun 24, 2018

KBS Saran Seorang Guru Sukan Khas Di Setiap Sekolah Tamil

  • Published in Sukan

                                                                              Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mencadangkan supaya Kementerian Pendidikan meletakkan seorang guru sukan khas di setiap 523 buah sekolah Tamil di seluruh negara.

Timbalan Menterinya Datuk Seri M. Saravanan berkata cadangan itu bertujuan melahirkan modal insan yang bertaraf antarabangsa dalam bidang sukan.

Ia bagi menjadikan dasar 1Murid 1Sukan lebih relevan.

Katanya perkara itu perlu untuk membantu pelajar supaya arif dalam sukan, bukan sahaja dari segi aktiviti tetapi juga mempunyai pengetahuan luas mengenai sukan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program penyampaian peralatan sukan kepada sekolah Tamil di Wilayah Persekutuan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Sentul, Kuala Lumpur hari ini.

Katanya KBS bersedia memberi khidmat logistik dan latihan khas untuk para guru sekiranya pihak Kementerian Pendidikan bersedia mengenal pasti guru-guru sukan khas tersebut.

((BERNAMA))