Thursday, June 21, 2018
vital-top
updated 2:39 PM UTC, Jun 21, 2018

Presiden FAM : TMJ Dilantik Pengerusi MFL

  • Published in Sukan
Foto - FAM

KUALA LUMPUR - Susulan perletakan jawatan Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
  
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu masih lagi memainkan peranan penting dalam memajukan bola sepak negara melalui jawatan baharunya.

Tengku Mahkota Johor itu dilantik sebagai Pengerusi Malaysia Football League (MFL), nama baharu bagi Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia, FMLLP yang kini melalui proses penjenamaan semula, sejurus selepas meletak jawatan sebagai Presiden FAM.

Jelas Khairy, Tunku Ismail masih menyumbang tenaga dan kepakarannya melalui kerja-kerja tajaan dan usaha meningkatkan profesionalisme Liga Malaysia yang berada di bawah tanggungjawab MFL.

Tunku Ismail yang memegang jawatan Presiden FAM selama setahun, mengesahkan sudah menyerahkan surat peletakan jawatan itu berkuat kuasa serta merta, kepada Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin.

Perletakkan jawatan itu berkuatkuasa serta merta,  semasa sidang media Kongres Tahunan FMLLP di Johor Bahru, SEMALAM.

((RTM /TV))