Thursday, December 14, 2017
vital-top
updated 2:02 AM UTC, Dec 14, 2017

KAFA Setuju Terima Tajaan Daripada Vida Beauty

  • Published in Sukan

 

Kota Baharu  - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bersetuju menerima penajaan daripada Vida Beauty Sdn Bhd untuk pasukan bola sepak Kelantan yang juga dikenali sebagai The Red Warriors (TRW).

Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa berkata kedua-dua pihak akan memeterai kontrak rasmi penajaan tersebut pada 15 Jan ini.

"Alhamdulillah, perbincangan rasmi KAFA-DS Vida (Pengasas Vida Beauty Datuk Seri Dr Hasmiza Othman) selesai sebentar tadi...DS Vida telah mengemukakan 33 point/terma tambahan dan ia telah dibincangkan.

"Tindakan susulan akan diambil bersama dan InsyaAllah pada 15 Jan ini segalanya akan diformalize (dimuktamadkan) dalam bentuk contract (kontrak) rasmi," katanya dalam entri terbaharu facebook beliau.

Sementara itu, KAFA bersetuju menawarkan jawatan Penasihat Kehormat KAFA 2016/2017 kepada Dr Hasmiza yang lebih dikenali sebagai Dr Vida.

Annuar berkata tawaran tersebut memandangkan komitmen Dr Vida yang tinggi serta pengalaman luas dalam penjenamaan dan pemasaran produk keluaran syarikat kosmetik tersebut.

"Semoga kerjasama ini memberi manfaat kepada kemajuan bola sepak Kelantan," katanya.