Wednesday, April 25, 2018
vital-top
updated 3:37 PM UTC, Apr 25, 2018

Meninggal Dunia Ketika Perlawanan: Bruno Boban Penjaring Terbanyak Divisyen 3 Croatia

  • Published in Sukan

CROATIA - Penjaring terbanyak divisyen 3 Croatia, Bruno Boban meninggal dunia atas padang.

Insiden mengejutkan itu berlaku, ketika perlawanan antara kelabnya Marsonia menentang Slavonija Pozega.

Penyerang itu terus rebah, beberapa saat selepas bola terkena dadanya pada aksi separuh masa pertama.

Melihat situasi itu, rakan-rakan dan pegawai pasukan yang panik cuba menyelamatkan nyawa Boban.

Namun, usaha mereka nyata tidak berhasil.

Jasad Boban yang berusia 25 tahun, terus dibawa ambulan ke hospital untuk bedah siasat.

((RTM / TV))