Wednesday, April 25, 2018
vital-top
updated 3:37 PM UTC, Apr 25, 2018

Presiden FAM, Tunku Ismail Sah Letak Jawatan

  • Published in Sukan

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini 'Sah' melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, FAM,  selepas setahun menerajui badan induk itu.

Perletakkan jawatan itu berkuatkuasa serta merta,  semasa sidang media Kongres Tahunan Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia, FMLLP di Johor Bahru.

Dalam sidang media sebelum itu, Tunku Ismail memberitahu, sejak memimpin FAM, pelbagai perkara telah dilakukan dan diperbetulkan selain berjaya menarik penaja untuk menyumbang dan menyediakan pelan jangka panjang untuk bola sepak Negara.

Malah, prestasi pasukan bolasepak bawah 23, 19 dan 16 juga semakin meningkat.

Sebelum ini pada 15 Mac lalu, Tunku Ismail yang juga pemilik kelab Johor Darul Takzim, JDT memberi bayangan untuk melepaskan jawatan presiden FAM selepas kemerosotan ranking pasukan kebangsaan.

Pada 25 Mac tahun lalu, Tunku Ismail diisytiharkan sebagai Presiden FAM baharu selepas menang tanpa bertanding dalam Kongres FAM ke-53.

((RTM / TV))