Wednesday, April 25, 2018
vital-top
updated 3:37 PM UTC, Apr 25, 2018

LTDL 2018: Peringkat Ke-8, Guardini Pemenang, Artem Ovechkin Catat Sejarah Buat TSG

  • Published in Sukan

REMBAU - Perlumbaan peringkat akhir, peringkat ke-lapan dari Rembau ke Kuala Lumpur sejauh 141.1 kilometer.

Dia yang pertama membuka saingan LTDL 2018 dengan kemenangan peringkat pertama dan dia juga menutup edisi ke-23 dengan kemenangan.  

Dia lah, Andrea Guardini pelumba BARDINI muncul pemenang peringkat terakhir, kedua, Manuel Belettti dari ANDRONI GIOCATOLLI dan ketiga pelumba WILLIER TRISTINA, Luca Pacioni .

104 pelumba dilepaskan dari Rembau menuju ke Kuala Lumpur sejauh 141.1 kilometer.

Pelumba mula menambah tempo kayuhan selepas melepasi zon neutral di kilometer 5.6 untuk mengatur gerak dan strategi masing-masing.

104 pelumba masih berkayuh dalam kumpulan besar dan sejurus sebelum pendakian kedua KOM2 di kilometer 75 Sungai Tekali, sembilan pelumba berjaya menjarakkan diri termasuk Dlamini, Ghebreigzabhier, Bisolti, Owsian, Belasco, Duarte, Sweeny dan Nino.

Namun, kelompok utama tetap mengekori rapat hanya satu minit di belakang.

Perlumbaan terus menarik sehingga memasuki bandaraya Kuala Lumpur bagi menamatkan perlumbaan.

Pada kilometer 6.6 menuju penamat berbaki tiga pusingan giliran pelumba Rally Cycling mengemudi perlumbaan.

Tetapi selepas hanya tinggal satu pusingan anehnya tiada lagi pelumba  Rally Cycling di depan yang telah dipintas pelumba lain.

Tiba-tiba muncul Andrea Guardini melakukan attack dan memecut laju meninggalkan pencabar lain di belakangnya.

Akhirnya, dengan bijaknya, Guardini pantas melintasi garisan penamat selaku pemenang peringkat kelapan mencatat masa tiga jam 10 minit 25 saat diikuti, Manuel Beletti dan ketiga Luca Pacioni.

Dan, pelumba TSG,  Artem Ovechkin yang menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-11 kelompok utama mengesahkan kejuaraan edisi ke-23 LTDL 2018 mengekalkan jersi kuning dengan kelebihan hanya 27 saat.

Satu sejarah buat pasukan tempatan TSG untuk muncul juara pada kali ini.

((RTM / TV))