Wednesday, April 25, 2018
vital-top
updated 3:37 PM UTC, Apr 25, 2018

Piala Tuanku 2018 : Kuala Pilah Muncul Juara Tewaskan Rembau 4-1

  • Published in Sukan
Foto - PBNS Rasmi

PAROI - Pasukan Bola Sepak Daerah Kuala Pilah muncul juara Piala Tuanku 2018 menewaskan daerah Rembau 4-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.   

Piala Tuanku 2018 dianjurkan sempena Hari Keputeraan ke-70  Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan- Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Rembau terlebih dahulu mendahului melalui Muhammad Naim Fadil seawal minit ke-7, namun kegembiraan Rembau tidak kekal lama apabila 10 minit kemudian  Kuala Pilah menyamakan kedudukan satu sama jaringan Muhamad Hakimi Kamarulzaman.

Memasuki babak kedua, Kuala Pilah turun dengan lebih yakin menambah jaringan, Abdul Raziq Abdul Rahim minit ke-56, Muhamad Aiman Ahmad Nizam minit ke-75 dan gol keempat jaringan Hafiz Ikhwan Hazley di penghujung perlawanan.

Kedudukan 4-1 ini kekal hingga tamat perlawanan untuk Kuala Pilah muncul juara menewaskan Rembau.

Tuanku Muhriz berkenan berangkat hadir menyaksikan perlawanan diiringi Menteri Besar Negeri Sembilan- Datuk Seri Mohamad Hasan.

Baginda turut berkenan menyampaikan hadiah kepada juara daerah Kuala Pilah yang membawa pulang 10 ribu ringgit serta piala.

Sementara, pemain daerah Kuala Pilah Abdul Raziq Abdul Rahim turut dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.

((RTM NEGERI SEMBILAN ))