Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:32 AM UTC, Nov 20, 2017

Antonio Conte Bangga Dengan Prestasi Pemain Simpanannya

LONDON - Pengurus Chelsea, Antonio Conte berbangga dengan prestasi dipamerkan pemain simpanannya yang membantu skuad itu menghampiri kejuaraan berganda musim ini.

 

Pengendali dari Itali itu melakukan tujuh pertukaran pada pusingan kelima Piala FA awal pagi tadi, ketika bertemu pasukan Wolverhampton Wanderers apabila pasukan itu meraih kemenangan 2-0, hasil jaringan Pedro dan Diego Costa.

 

Chelsea kini berada lapan mata di puncak Liga Perdana Inggeris

 

Dengan liga berbaki 13 perlawanan, termasuk pertemuan melawan Manchester City dan Manchester United,  Conte sedar dia memerlukan sumbangan positif daripada skuad kendaliannya.

 

((REUTERS))