Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 9:25 AM UTC, Jun 24, 2018

Bintang Bola Sepak Argentina, Rene Houseman, Meninggal Dunia

  • Published in Sukan
Foto - AFP

BUENOS AIRES - Rene Houseman, pemain Argentina yang membantu negara itu menjulang Piala Dunia pada 1978, telah meninggal dunia pada usia 64 tahun, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Persatuan Bolasepak Argentina (AFA) pada Khamis.

Bekas pemain Kelab Huracan, River Plate dan Colo-Colo itu telah didiagnos mengidap penyakit kanser lidah tahun lepas.

Dikenali sebagai El Loco (bahasa Sepanyol untuk orang gila), Houseman dikagumi kerana kemahiran mengelecek bola, kepantasan dan personaliti ekstrovertnya.

Bekas rakan sepasukan Houseman, Osvaldo Ardiles, turut memberi penghormatan kepada mendiang.

((BERNAMA))