Monday, July 22, 2019
updated 10:55 AM UTC, Jul 22, 2019

Copa America : Colombia muncul pasukan pertama layak ke suku akhir

  • Published in Sukan

 

BRAZIL - Bola sepak Copa America 2019 di Brazil.

Colombia muncul pasukan pertama layak ke suku akhir. Namun, skuad Los Cafeteros terpaksa menunggu sehingga minit ke-86 sebelum menang tipis 1-0 menewskan Qatar dalam perlawanan

kumpulan B. Gol tunggal perlawanan dihasilkan menerusi tandukan penyerang kelab Atalanta, Duvan Zapata. Sementara itu, ketika ini berlangsung perlawanan Argentina menentang Paraguay.

Kedudukan separuh masa pertama, 0-0. Kedua-dua pasukan dalam misi memburu kemenangan pertama.

Dalam perlawanan pertama Ahad lalu, Argentina tewas 0-2 kepada Colombia manakala Paraguay seri dua sama dengan Qatar.

Perlawanan disiarkan secara langsung di TV2 dan boleh diikuti menerusi RTM Mobile dan MyKlik.