Tuesday, April 24, 2018
vital-top
updated 12:17 PM UTC, Apr 24, 2018

Atlet Papan Selaju Negara Dapat Pendedahan Profesional

  • Published in Sukan
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR - 6 atlet papan selaju negara yang terdiri dari 4 lelaki dan 2 wanita bakal mendapat pendedahan terbaik menjelang Sukan Asia Indonesia Ogos ini apabila  beraksi bersama pemain  profesional dunia dalam Jelajah Angka 2018 pada minggu ini.
   
Jelajah Angka yang diadakan selama 3 hari dari 23 Mac ini akan diadakan di Lembah Klang, Ipoh dan kembali ke Kuala Lumpur.

Ia diadakan dengan Kerjasama  Persatuan Sukan Ekstrem Malaysia MESA dan Pasukan New Balance Numeric.

Mengenai persediaan Malaysia, jurulatih kebangsaan, Mohd Zamri Ramli berkata acara papan selaju pertama kali dipertandingkan di Sukan Asia, tetapi pasukannya telahpun mendapat pendedahan meluas luar negara sebelum ini.

Justeru ia bukan satu masalah untuk pemain-pemainnya melakukan sesuatu yang positif walaupun bakal berhadapan pasukan terbaik Asia seperi Jepun.

((RTM / TV))