Monday, July 22, 2019
updated 10:55 AM UTC, Jul 22, 2019

KJ sah bertanding rebut jawatan Presiden MPM

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin sah bertanding bagi merebut jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) bagi penggal 2019 hingga 2023.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan MPM semalam, Khairy yang mewakili Ragbi Berkerusi Roda Malaysia bakal menentang Presiden Persatuan Kanu Malaysia, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharuddin.

Menurut sumber pertandingan bagi menyuarat agung dipersetujui oleh jawatankuasa undang-undang dan etika MPM setelah bermesyuarat selama 2 hari.

Turut menyaksikan pertandingan ialah bagi jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Setiausaha Agung manakala Bendahari tiada pertandingan.

MPM beberapa hari ini menimbulkan kontroversi apabila pencalonan Khairy dan calon timbalan Ng Keng Chuan dikatakan hadir lewat sehari dari tarikh tutup pencalonan.