Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 9:25 AM UTC, Jun 24, 2018

Kempen Piala Dunia: England Turut Jalani Latihan

  • Published in Sukan

ENGLAND - Kem England turut sibuk menjalani latihan menjelang persahabatan menentang Belanda dan Itali. 


Meski hanya 85 hari sepak mula Piala Dunia , England mempunyai masa bereksperimen  di bawah pengurus mereka, Gareth Southgate sebelum ke Rusia.

Southgate memanggil empat pemain yang tidak mempunyai Caps Antarabangsa bagi menyertai Three Lions.

Antaranya pemain Burnley,  Nick Pope dan James Tarkowski, pertahanan Swansea City, Alfie Mawson dan pemain tengah Bournemouth, Lewis Cook .

Selain turut memanggil semula Jack Wilshere, Alex Oxlade-Chamberlain dan Danny Welbeck .

England bakal hadapi Belanda di Armsterdam sabtu ini diikuti 4 hari kemudian mengadakan perlawanan dengan Azzuri di halaman sendiri.

((RTM / TV))