Wednesday, April 25, 2018
vital-top
updated 3:37 PM UTC, Apr 25, 2018

Menjelang Pertemuan Argentina - Itali ; Lionel Messi Sertai Latihan

  • Published in Sukan
Foto - AFP

ENGLAND - Menjelang pertemuan persahabatan antarabangsa Argentina dengan Itali Sabtu ini di Manchester, England.

Beberapa pemain utama Argentina kelihatan turun padang untuk menjalani latihan bersama dibawah kendalian Jorge Sampaoli.

Termasuk ketua pasukan mereka, Lionel Messi.

Messi ketika ini berada di prestasi terbaik bersama Barcelona membantu Catalan yang kini berada di puncak La Liga dengan kelebihan sembilan mata serta berada ke peringkat suku akhir Liga Juara- Juara UEFA.

Selain Messi turut kelihatan pemain kelab Hebei, China Javier Mascherano dan Gonzalo Higuain  dari kelab Juventus.

Sementara penyerang Manchester City, Sergio Aguero tidak menyertai latihan kerana kecederaan lutut.

Perlawanan ini sebagai persiapan Argentina menjelang piala dunia di Rusia Jun depan , dan selepas itu bakal menghadapi Sepanyol di Madrid, 28 Mac.

Pada perlawanan pembukaan Piala Dunia nanti, Argentina   akan menentang Iceland  di Stadium Spartak di Moscow.

((RTM / TV))