Wednesday, October 18, 2017
vital-top
updated 3:22 AM UTC, Oct 18, 2017

Tenis - Marin Cilic Ke Pusingan Kedua Kejohanan Dunia Rotterdam

ROTTERDAM - Pilihan utama,  Kejohanan Dunia Rotterdam, Marin Cilic menempah tiket ke pusingan kedua.

Bintang Crotia itu menewaskan pemain Perancis Benoit Paire 5-7, 6-3, 6-2.

Turut mara, pilihan keenam, Jo-Wilfried Tsonga yang mengetepikan Stefanos Tsitsipas 6-4, 7-6 .

Tsonga bakal berdepan juara Sydney , Gilles Muller selepas pemain veteran Luxembourg itu menewaskan Tallon Griekspoor dari Belanda, 6-3, 6-2.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi pemain pilihan kelapan, Lucas Pouille.

Bintang Perancis itu tewas 5-7, 2-6 ditangan pemain Jerman, Philipp Kohlschreiber . 

((AFP))