Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Pasukan Bola Tampar Lelaki Sasar Pingat Pada Sukan Sea Kuala Lumpur 2017

KUAL LUMPUR - Skuad Bola tampar lelaki negara mensasarkan sekurang-kurangnya memperoleh pingat dalam kejohanan Sukan Sea Kuala Lumpur nanti. 

Perkara itu disuarakan ketua jurulatihnya, Tay Yeu Siong pada sesi latihan pagi tadi. 

Menurut Tay Yeu Siong, untuk edisi kali ini majoriti skuadnya dibarisi pemain muda. 

Pasukan negara bakal menyertai Kejohanan Bola Tampar Antarabangsa Piala Datuk Bandar bulan depan dan Sukan Asia bawah 23 tahun di Iran, Mei depan. 

Selepas ini, pasukan bola tampar lelaki akan mengadakan latihan di Taiwan sebagai persiapan untuk Sukan Sea nanti.

((RTM))