Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 9:22 AM UTC, Jun 24, 2018

Le Tour De Langkawi 2018 : Pasukan Rally Cycling Ungguli Peringkat Ke 3

  • Published in Sukan

LANGKAWI - Adam De Vos dari pasukan Rally Cycling berjaya mengungguli peringkat ke 3 dengan catatan masa 3 jam 58 minit 18.

Kemenangan ini sekaligus menjadi Adam pendahulu baru keseluruhan pelumba dengan kelebihan 14 saat.

Hari ketiga perlumbaan dari Kota Bharu ke Kuala Terengganus sejauh 166 km lebih landai dengan tiga zon pecutan tanpa zon pendakian.

Zon pecutan masing masing di Jelawat, Kuala Besut dan Pantai Penarik.

Lima pelumba berjaya membuat breakaway awal selepas kilometer ke lima perlumbaan.

Adam antara pelumba yang membuat breakaway awal diikuti beberapa pelumba antaranya Nik Mohamad Azman Zulkifli  dari Forca Amskins Racing, dan Dae-yeon Kim dari KSPO Bianchi Asia Procycling.

Berkelebihan tujuh minit pada satu ketika , mereka mula  memasuki  zon pecutan kedua dan peloton mula mengejar.

Berbaki 10 kilometer dengan kelebihan dua minit, kumpulan pendahulu melakukan henjutan ke garisan penamat.

Adam berjaya mendapat kelebihan ketika berbaki 2 kilometer ke garisan penamat meninggalkan pencabar lain sekaligus memenangi perlumbaan.

Tempat kedua milik Kim Dae-Yeon dan Nik Azman Mohamad Zulkifli melengkapkan podium ditempat ketiga.

Jersi hijau milik Kim Dae-Yeon yang menguasai di 3 zon pecutan manakala pelumba terbaik asia milik Nik Azman Mohamad.

((RTM / TV))