Monday, July 22, 2019
updated 10:55 AM UTC, Jul 22, 2019

Copa Amerika - Brazil jinakkan Bolivia

  • Published in Sukan

 

 

SAO PAULO-  Brazil membuka langkah kanan dalam kempen Copa America 2019, dengan kemenangan 3-0 menundukkan Bolivia, pada aksi pagi tadi.

Beraksi tanpa kelibat Neymar, tuan rumah diikat tanpa jaringan pada babak pertama, walaupun mendominasi hampir keseluruhan 45 minit perlawanan.
  
Babak pertama menyaksikan tuan rumah memperoleh peluang namun, penjaga gol bolivia, carlos lampe beraksi baik dan berjaya menghalang gawang daripada dibolosi.  

Separuh masa pertama yang berakhir menyaksikan skuad kendalian tite gagal memecah kebuntuan.

Bagaimanapun, masuk babak kedua, tuan rumah tidak menunggu lama apabila Philippe Coutinho meledak gol pembukaan menerusi sepakan penalti pada minit ke-50 sebelum menyumbat gol kedua peribadi menerusi tandukan, selang tiga minit.

Pemain gantian, Everton menjaringkan gol ketiga pada minit ke-85, sekaligus menghadiahkan kemenangan buat skuad kendalian Tite.

Brazil 3-Bolivia 0.