Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 3:46 PM UTC, Oct 19, 2017

Juventus Kukuhkan Kedudukan Di Tangga Teratas

MILAN - Juventus mengukuhkan kedudukan di tangga teratas dengan kemenangan 2-0 terhadap Cagliari dalam saingan Serie A Itali.

Juara bertahan itu mengumpul 60-mata daripada 24 perlawanan, tujuh mata di depan AS Roma yang mengatasi Crotone, 2-0.

Sementara itu Inter Milan naik ke tempat keempat selepas mengalahkan Empoli, 2-0.

Keputusan lain, Atalanta menewaskan Palermo, 3-1.

Chievo mengetepikan Sassuolo, 3-1, Sampdoria menumbangkan Bologna, 3-1 manakala Torino menumpaskan Pescara, 5-3. 

((AFP))