Wednesday, April 25, 2018
vital-top
updated 3:37 PM UTC, Apr 25, 2018

MotoGP Qatar: Davisioso Juara, Hafizh Kutip Dua Mata Pertama

  • Published in Sukan

Foto - Hafizh Syahrin Official

QATAR - Pelumba MotoGP pertama Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah mengutip dua mata selepas mencatat masa yang memberangsangkan dalam penampilan sulungnya, pada pusingan pembuka tirai Kejuaraan Motosikal Dunia 2018, di Grand Prix (GP) Qatar, di Litar Antarabangsa Losail, Ahad.

Pelumba muka baharu itu yang bermula di petak ke-15, menamatkan perlumbaan dengan catatan 20.299 saat di belakang pemenang perlumbaan, Andrea Dovizioso dari Itali yang mewakili pasukan  Ducati.

  Pelumba Itali, Andrea Dovisioso meletakkan petanda awal dalam saingan MotoGP apabila menewaskan juara dunia, Marc Marquez untuk menjuarai GP Qatar di Litar Antarabangsa Losail.

Diberi tekanan hebat di akhir perlumbaan dari pelumba Sepanyol itu, Dovisioso melepasi garisan penamat bersama jentera Ducatinya dengan perbezaan 0.027 saat.

Ia merupakan kemenangan ke-9 dalam kariernya.

Pelumba Itali itu yang bermula di petak sembilan, mengasak kelompok depan ketika berbaki 5 pusingan, merekod pusingan terpantas beberapa minit selepas itu dan mengatasi juara dunia 4 kali, Marquez.

Selain Ducati dan Honda, Yamaha turut mengisi podium dengan seorang lagi pelumba Itali, Valentino Rossi di tempat ke 3.

Pelumba petak utama, Johann Zarco menguasai perlumbaan sehingga Dovisioso memintas ketika berbaki 5 pusingan dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-8.

Perlumbaan Moto2 dimenangi pelumba sensasi Itali, Francesco Bagnaia yang bertukar posisi dengan rakan senegara Lorenzo Baldassarri, sebelum menang dengan perbezaan 0.112 saat.

Ia merupakan kejuaraan sulung Bagnania dalam Moto2.

Alex Marquez, yang bermula petak utama, di tempat ketiga.

Perlumbaan sengit hadir di Moto3 dengan pelumba Sepanyol Jorge Martin mengatasi rakan senegaranya Aron Canet untuk menang dengan perbezaan 0.023 saat.

 

((RTM / TV))