Monday, June 24, 2019
updated 12:39 PM UTC, Jun 24, 2019

Messi diumum atlet pendapatan paling tinggi

  • Published in Sukan

MADRID - Penyerang sensasi Barcelona, Lionel Messi diumumkan sebagai atlet berpendapatan paling tinggi mengatasi seteru tradisinya, Cristiano Ronaldo.

Menurut Majalah Forbes, bintang Argentina dan Barcelona itu meraih pendapatan 127 juta dolar (RM528.7 juta), pada tahun lalu, manakala bintang Juventus dan Portugal, Cristiano Ronaldo di kedudukan kedua dengan 109 juta dolar (RM453.7 juta).

Messi yang menjaringkan 36 gol ketika membantu Barcelona menjulang La Liga tahun ini, meraih pendapatan paling tinggi membabitkan gaji dan penajaan untuk melonjak ke tangga teratas senarai 100 atlet dengan bayaran tertinggi.

Manakala di kedudukan ketiga, bintang Brazil, Neymar dengan pendapatan 105 juta dolar (RM437.1 juta) diikuti petinju Mexico, Canelo Alvarez dengan 94 juta dolar (RM391.3 juta).