Tuesday, April 24, 2018
vital-top
updated 12:17 PM UTC, Apr 24, 2018

Kejohanan Badminton All England 2018: Beregu Campuran Jepun Cipta Sejarah

  • Published in Sukan
Foto - AP

ENGLAND - Beregu campuran Jepun mencipta sejarah apabila buat kali pertama menjuarai acara beregu campuran pada edisi ke-108 kejohanan Badminton All England 2018.

Gandingan Yuta Watanabe-Arisa Higashino  menewaskan pilihan kelima dari China; Zheng Siwei-Huang Yaqiong.

Anak didik bekas jurulatih kebangsaan, Jeremy Gan itu menang tiga set 15-21, 22-20, 21-16 selepas bertarung lebih satu jam.

Jeremy Gan antara watak penting kem badminton negara pada temasya Sukan Olimpik 2016 apabila Malaysia meraih pingat perak menerusi gandingan beregu lelaki negara, Goh V Shem- Tan Wee Kiong.

Beliau yang melepaskan jawatan daripada Persatuan Badminton Malaysia  BAM, September tahun lalu hanya memerlukan tiga bulan sahaja untuk membentuk gandingan Watanabe-Higashino.

 

Foto - Reuters


Sementara itu,  dalam acara perseorangan wanita nombor satu dunia, Tai Tzu Ying dari Taiwan merangkul kejuaraan All England buat kali kedua berturut-turut selepas menewaskan pemain ranking nombor dua dunia, Akane Yamaguchi dari Jepun 22-20, 21-13 hanya dalam masa 45 minit sahaja.

Foto - AP

Selepas tunduk kepada jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei pada aksi final tahun lalu. 

Shi Yuqi akhirnya dinobatkan juara All England buat kali pertama selepas menewaskan jaguh dan juara dunia lima kali, Lin Dan.

Lin Dan yang turun dalam misi mencipta kejuaraan kali ketujuh terpaksa akur kehebatan pemain muda itu selepas tewas 19-21, 21-16, 9-21.

 

Foto - AFP


Sementara itu dalam aksi final beregu lelaki, gandingan nombor satu dunia dari Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon- Kevin Sanjaya Sukamuljo menang straight set 21-18,21-17 ke atas gandingan dari Denmark Mathias Boe-Carsten Mogensen.

Dan dalam acara  final beregu wanita, pilihan ketiga dari Denmark, Kamilla Rytter Juhl- Christinna Pedersen merangkul juara selepas menundukkan lawan dari Jepun, gandingan Yuki Fukushima- Sayaka Hirota dalam masa satu jam; 21-19, 21-18.

((RTM / TV))