Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:32 AM UTC, Nov 20, 2017

GOLF Kejohanan Maybank - Arie Irawan Melonjak KeTangga Ketiga

KUALA LUMPUR - Pemain profesional negara , Arie Irawan melonjak ke tangga ketiga pada hari pertama untuk muncul pemain terbaik Malaysia pada Kejohanan Maybank yang berlangsung di Saujana Golf and Country Club, semalam.

Pemain berusia 26 tahun itu melakar enam birdie untuk mengumpulkan enam di bawah par 66 pada pusingan pertama, tiga pukulan di belakang pendahulu dari Scotland, Marc Warren.

Arie kini berkongsi tempat ketiga dengan lima pemain lain dengan kutipan mata yang sama termasuk pemain dari England, Danny Willett selaku juara Masters Amerika Syarikat . 

((Bernama))