Friday, October 18, 2019
updated 10:23 AM UTC, Oct 18, 2019

Malaysia jinakkan Timor Leste 5 -1

  • Published in Sukan
Foto - FB FAM

BUKIT JALIL - Pertemuan Malaysia bersama Timor Leste di pusingan kedua 'play-off' kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 menyaksikan Malaysia berjaya membenam Timor Leste 5-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe hanya memerlukan 10 minit untuk berada di hadapan menerusi jaringan Muhammad Shahrel Fikri yang mudah menampan bola masuk ke gawang Timor Leste.

Shahrel sekali lagi menunjukkan kemampuannya apabila meledak gol kedua dengan mudah menanduk masuk bola hasil hantaran penjuru muhammad Syazwan Andik minit ke 16.

Di minit ke 29, penjaga gol kebangsaan, Mohd Ifwat Akmal berjaya menangkap kemas sepakan penalti dari kapten pasukan Timor Leste, Joao Da Silva Freitas.

Skuad negara terus meningkatkan serangan dan Mohamadou Sumareh pada minit ke-35 meletakkan Malaysia selesa dengan 3 gol.

Masuk babak kedua, Muhammad Akhyar Rashid menjaringkan gol keempat buat Malaysia apabila rembatannya menewaskan penjaga gol Timor Leste, Fernandes Aderito Raul.

Minit ke 59, Shahrel Fikri hampir mendapat hatrik pertamanya bersama skuad kebangsaan namun, sepakan penaltinya berjaya ditepis keluar penjaga gol Timor Leste.

Namun memasuki minit ke 62, Shahrel Fikir akhirnya meledak hatrik pertamanya sekali gus meletakkan Malaysia mendahului 5-0.

Selang 9 minit selepas itu, Timor Leste berjaya mendapatkan gol sulung menerusi tandukan Rufino Walter Gama.

keputusan 5-1 kekal hingga ke wisel penamat dengan Malaysia menang secara agregat 12-2.