Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 9:25 AM UTC, Jun 24, 2018

Khidmat TMJ Sebagai Presiden FAM Masih Ditagih - KJ

  • Published in Sukan
Foto - Twitter KBS

BENTONG - Khidmat dan sumbangan Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih diperlukan untuk mengembalikan semula kegemilangan sukan bola sepak negara.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, tidak ada individu lain yang lebih layak untuk menggantikan tempat itu kerana wawasan serta peranan baginda dalam sukan itu amat besar dan tidak boleh dijayakan sekiranya Tunku Ismail tidak berada dalam FAM.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Program Fit Malaysia Peringkat Negeri Pahang di Dataran Tras, Bentong di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Anggota Parlimen Bentong yang juga Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Lebih 7,000 orang hadir pada program Fit Malaysia yang kali ketiga diadakan pada tahun ini selepas di Teluk Kemang Port Dickson, Negeri Sembilan pada 11 Feb lepas dan Muar, Johor pada 10 Mac.

Mengulas lanjut tentang peletakan jawatan tersebut yang disebabkan kejatuhan ranking Skuad Harimau Malaya ke tangga 178 dunia, Khairy berkata ia merupakan satu perkara biasa dalam arena sukan.

((BERNAMA))