Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 9:22 AM UTC, Jun 24, 2018

22 Pasukan Bakal Berentap Di LTDL Bermula Esok

  • Published in Sukan

LANGKAWI - Perlumbaan basikal jelajah Le Tour de Langkawi 2018 bakal membuka tirainya Ahad ini.

Kesemua 22 pasukan yang mengesahkan penyertaan kini telah bersiap sedia untuk menghadapi saingan merentasi 8 negeri bermula di Perlis.

Majlis memperkenalkan pasukan berlangsung di Dataran Helang Langkawi malam tadi.

Daripada 22 pasukan yang bakal berentap, tumpuan pastinya terarah kepada pasukan-pasukan yang membawa nama-nama besar dan digeruni, antaranya pasukan Astana.

Pasukan yang berpangkalan di Kazasktan itu bukanlah nama asing dalam LTDL yang saban tahun pelumba dari pasukan pro ini pasti ada yang tersenarai sebagai penyarung jersi.

Malah bekas pelumbanya, Andrea Guardini yang kini menyertai pasukan Badrini CSF juga adalah pelumba yang paling banyak memenangi perlumbaan peringkat.

Turut beraksi pasukan Dimension Data yang membariskan pelumba berpengalaman seperti Mekseb Debesay yang pernah memenangi perlumbaan peringkat , pendakian dari Tanjung Malim ke Cameron Highland pada edisi 2017.

Turut diperkenal pastinya empat wakil dari Malaysia iaitu Terengganu Cycling (TSG), Sapura Cyling (TSC) dan pasukan berstatus benua baru Forca Amskins Racing serta pasukan kebangsaan.

Perlumbaan sejauh 1314 kilometer itu dijadual berakhir pada 25 Mac nanti.