Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 3:46 PM UTC, Oct 19, 2017

Fabio Fognini Bawa Itali Ke Suku Akhir Piala Davis

BUENOS AIRES, ARGENTINA - Itali mara ke suku akhir selepas menyingkirkan penyandang juara, Argentina pada kejuaran tenis Piala Davis.

Dalam pusingan pertama kalah mati, peringkat kumpulan dunia, Itali menang dengan keputusan 3-2. 

Mata kemenangan Itali diperoleh menerusi Fabio Fognini yang menumpaskan Guido Pella, 2-6, 4-6, 6-3, 6-4 dan 6-2.

Dalam suku akhir nanti, Itali akan berdepan Belgium.

Pusingan suku akhir dijadual berlangsung dari 7 hingga 9 April ini. 

((AFP))