Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 9:25 AM UTC, Jun 24, 2018

Pasangan Bergu Goh V Shem-Tan Wee Kiong Ke Suku Akhir All England

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Pasangan beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong turut menempah slot suku akhir Kejohanan Badminton All England.

Mereka mengalahkan gandingan England, Marcus ELLIS - Chris Langridge, 16-21 23-21 dan 21-12.

Bagaimanapun mereka dijangka berdepan laluan sukar apabila pilihan kedua dari Denmark, Mathias Boe - Carsten Mogensen menanti mereka awal pagi esok.

Sementara itu, cabaran pemain pemain perseorangan wanita, Goh Jin Wei; beregu lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi serta beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying berakhir di pusingan kedua.


((RTM))