Wednesday, April 25, 2018
vital-top
updated 3:37 PM UTC, Apr 25, 2018

TMJ Beri Bayangan Letak Jawatan Presiden FAM

  • Published in Sukan

                                                      Foto: Facebook Johor Southern Tiger

JOHOR BAHRU - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi bayangan untuk meletak jawatan.

Ia selepas ranking pasukan kebangsaan jatuh tiga anak tangga.

Menerusi catatan di Facebook Johor Southern Tiger, Tunku Ismail menyifatkan ia sebagai kegagalan besar FAM.

Bagaimanapun, menurut Tunku Ismail, menggalas tugas sebagai Presiden FAM merupakan penghormatan untuknya berkhidmat dalam bolasepak Malaysia.

Struktur bola sepak tanah air telah diperbetulkan sepanjang Tunku Ismail menjadi Presiden FAM.

Tunku Ismail juga menarik para penaja untuk menyumbang dan menyediakan pelan jangka panjang untuk bola sepak Negara, antaranya bekerjasama dengan Pasukan dari Sepanyol, La Liga.

Tunku Mahkota Johor itu turut memperjuangkan hak penyiaran untuk kesemua pasukan bertanding di Liga Malaysia bagi meningkatkan kestabilan kewangan.

Jelasnya, ia sejarah bola sepak tanah air kerana pertama kali setiap pasukan bertanding layak menerima satu juta hingga tiga juta ringgit setahun sebagai wang hak penyiaran.

Ia sekaligus mengelak pasukan dibayar menggunakan duit rakyat yang diperoleh kerajaan.

Skuad B23 , B19 dan B16 juga Berjaya melakar sejarah selepas kali pertama mewakili Negara dalam pertandingan peringkat tertinggi Asia.

((RTM/JOHOR))