Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:32 AM UTC, Nov 20, 2017

Liga Perdana Inggris - Leicester City Perlu Perbaiki Prestasi

LONDON - Leicester City akan tersingkir daripada saingan Liga Perdana Inggeris, jika tidak memperbaiki segera prestasinya yang hambar.  

Amaran itu diberi oleh penjaga gol 'The Foxes', Kasper Schmeichel.  

Beliau ditemui media selepas perlawanan menentang Manchester United yang menyaksikan kelab itu tewas 0-3 di laman sendiri.  

Ini merupakan kekalahan keempat berturut-turut.  

Keputusan itu menyaksikan anak buah Claudio Ranieri hanya SATU mata di atas zon penyingkiran, selepas mencatat hanya satu kemenangan daripada sembilan perlawanan. 

((AFP))