Wednesday, November 13, 2019
updated 3:05 PM UTC, Nov 13, 2019

Malaysia kalahkan Nepal 2 gol tanpa balas

  • Published in Sukan

 

KUALA LUMPUR - Perlawanan persahabatan Malaysia-Nepal di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Skuad negara berjaya menundukkan Nepal 2 gol tanpa balas dalam aksi persahabatan malam tadi. Gol Harimau Malaya masing-masing dijaringkan Safawi Rasid dan Shahrul Saad.

Malaysia dilihat lebih menyerlah sebaik sahaja permainan bermula dengan serangan agresif.
Namun, percubaan demi percubaan gagal menghasilkan gol.

Bagaimanapun, pada minit ke-50, pemain gantian, Akhyar Rashid dijatuhkan di dalam kotak penalti. Safawi Rasid tenang menewaskan penjaga gol Nepal untuk gol pertama pada minit ke-51.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan sehinggalah minit ke-82, Shahrul Saad berjaya menanduk masuk gol kedua Malaysia.

Kemenangan ini memberi suntikan semangat kepada pasukan kebangsaan sebelum mengharungi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia A-F-C 2023.

Malaysia dijadual bertemu Timor Leste pada 7 Jun ini.