Wednesday, April 25, 2018
vital-top
updated 3:37 PM UTC, Apr 25, 2018

Kompleks Sukan Komuniti Dibina Di Belaga Dan Kapit Pada 2019

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR – Kompleks sukan komuniti akan dibina di Belaga dan Kapit di Sarawak tahun depan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata permohonan untuk  pembinaan kedua-dua kompleks sukan itu telah dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU).

“Saya telahpun pohon kepada EPU supaya pembinaan ini dimasukkan dan dilaksanakan dalam  Pelan Pelaksanaan keempat (R4) dalam Rancangan Malaysia ke-11 tahun depan,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Wilson Ugak Kumbong (BN-Hulu Rajang) berhubung cadangan pembinaan stadium di negeri itu.

Khairy berkata beliau telah meminta Anggota Parlimen di kedua-dua kawasan terlibat membantu pihaknya mengenal pasti tapak seluas kira-kira  2.4 hektar untuk setiap kompleks sukan itu.

BERNAMA