Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 3:46 PM UTC, Oct 19, 2017

Kes Doping - Sazali Kemuka Rayuan

Kuala Lumpur - Jaguh bina badan negara yang digantung empat tahun akibat positif doping hari ini tampil mengemukakan rayuan. 

Sazali dan pembantu peribadinya Hashrine Hashim tiba di pejabat PBBM bersama peguam Mohd Norasmawi Norani pada pukul 10 pagi.  Turut hadir, sekumpulan ahli kelab penyokong Sazali Samad.

Rayuan rasmi diserahkan kepada Setiausaha Kehormat PBBM, Kamaruzaman Kadir. 

Dalam kenyataannya, Sazali menerusi penguamnya yakin rayuan ini akan dikurangkan kepada satu atau dua tahun, berdasarkan lima asas termasuk ini adalah kesalahan pertama kali disamping penerimaan kepada keputusan ujian doping oleh ADAMAS tanpa sebarang bantahan. 

Sazali merayu supaya Jawatankuasa Rayuan mengambil kira pencapaian yang telah diperolehinya selama 25 tahun mengharumkan nama negara. 

Atlet berusia 47 tahun itu juga tidak menolak unsur sabotaj apabila mengakui telah mencuba beberapa supplimen daripada rakan-rakan antarabangsanya ketika lawatan ke Washington Amerika Syarikat Jun tahun lalu. 

Atlet bina badan negara, Sazali Samad digantung selama empat tahun oleh Persekutuan Bina Badan Malaysia  mulai 22 September 2015 selepas didapati gagal dalam ujian doping pada 1 September lalu. 

Hasil ujian doping itu mendapati sample air kencing Sazali mengandungi bahan terlarang Kelas S1 seperti termaktub dalam WADA Prohibited List January 2016. 

Ujian itu turut dijalankan kepada semua atlet negara yang bertanding di Kejohanan 49th Asian Bodybuilding & Physique Sports Championships di Tashkent, Uzbekistan.