Friday, December 13, 2019
updated 1:02 PM UTC, Dec 13, 2019

Liverpool benam Tottenham

  • Published in Sukan

MADRID - Liverpool menewaskan Tottenham Hotspur 2-0 pada aksi final Liga Juara-Juara di stadium Wanda Metropolitano awal pagi tadi.

Gol pertama the Reds dijaringkan oleh Mohamad Salah menerusi sepakan penalti pada minit ke-2, selepas bola terkena tangan pemain pertahanan lawan, Moussa Sissoko.

Ia sekali gus merupakan gol terpantas dalam kejohanan itu sejak 2005.

Liverpool kemudian mengesahkan kemenangan selepas gol kedua hasil sepakan leret Divock Origi, minit ke-87.

ia adalah gelaran Liga Juara-Juara/Piala Eropah keenam buat Liverpool.