Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 5:20 AM UTC, Oct 21, 2017

Frank Lampard Bersara

LONDON - Bekas bintang antarabangsa England, serta pemain tengah Chelsea, Frank Lampard bersara pada usia 38 tahun, selepas 21 tahun menjadi pemain profesional.  

Beliau belum mendedahkan rancangannya selepas bersara, namun membayangkan kemungkinan untuk berkecimpung dalam bidang pengurusan kelab bola sepak.

Ia berikutan ucapan terima kasih yang dizahirkan kepada Persatuan Bola Sepak (FA) England kerana memberi peluang kepadanya untuk mendapatkan lesen kejurulatihan.   

((AFP))