Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 3:46 PM UTC, Oct 19, 2017

Novak Djokovic Dan Nick Kyrgios Harap Piala Davis Ubat Kekecewaan

OTTAWA - Novak Djokovic dan Nick Kyrgios berharap Piala Davis dapat mengubat kekecewaan mereka akibat tersingkir dari Terbuka Australia, minggu ini.

Ia apabila hanya mereka antara 15 pemain teratas dunia yang menyertai kejohanan itu.

Pemain nombor satu dunia, Andy Murray telah digugurkan daripada skuad Britain.

Manakala, tuan rumah, Kanada beraksi dalam perlawanan pembukaan peringkat kumpulan Dunia, tanpa pemain nombor empat, Milos Raonic .  

Sementara itu, bintang muda Australia, Jordan Thompson akan memulakan aksi menentang pemain Czech, Jiri Vesely dalam perlawanan pembukaan peringkat Kumpulan Dunia, esok.

Ia merupakan satu tugas yang sukar untuk Thompson yang pertama kali beraksi dalam kejohanan itu.

Ini memandangkan lawannya yang merupakan pemain ke-54 dunia, mempunyai banyak pengalaman.

Rakan sepasukannya, Nick Kyrgios bagaimanapun yakin dengan keupayaan pemain berusia 22 tahun itu.

Kyrgios turut beraksi menentang Jan Satral , esok.   

 

((AFP))