Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:32 AM UTC, Nov 20, 2017

Liga Perdana Inggeris - Manchester United Gagal Berada Di Kelompok Empat Teratas

LONDON - Manchester United gagal merapatkan diri dalam kelompok empat teratas apabila terikat tanpa jaringan dengan kelab bawahan Hull City di Old Trafford awal pagi tadi.  

Keputusan itu menyaksikan United kini terus kekal di tangga keenam liga dengan 42 mata di belakang pendahulu Chelsea diikuti Tottenham , Arsenal, Liverpool dan Manchester City.

Dalam pada itu, Peter Crouch muncul pemain ke-26 meledak gol ke-100 dalam Liga Perdana Inggeris ketika membantu Stoke City mencatat keputusan seri 1 sama dengan Everton.

Jaringan itu turut menyaksikan bekas penyerang England yang berusia 36 tahun itu menjadi pemain paling berusia berjaya melepasi pencapaian berkenaan.

((AFP))