Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:12 AM UTC, May 27, 2018

Negeri Sembilan Tuan Rumah Sukan Tempur Bentan

  • Published in Sukan
Foto - Instagram Red Wolves Muay Thai

SEREMBAN - Buat julung kalinya, Negeri Sembilan menjadi tuan rumah bagi acara Sukan Tempur Bentan.

Penganjurannya memberi pendedahan kepada penggiat seni bela diri serta golongan belia dengan sukan tempur serangan penuh.  
   
Menariknya, program ini tidak tertumpu pada sukan semata-mata, malah turut dimuatkan program kebudayaan dan kesenian seperti teater, persilatan serta kerja-kerja amal.

Peserta program terdiri ahli kelab seni bela diri seluruh Malaysia dan luar negara seperti India, Zambia, Singapura, Indonesia dan Pakistan.

Antara kategori di bawah sukan tempur yang dipertandingkan termasuk silat kombat, muaythai, boxing dan kickboxing.

Siva Boy Joker peserta Malaysia dari Naga Laut Shah Alam muncul pemenang  kategori Muaythai ( Bantam Weight) ; membawa pulang tali pinggang BFC (BENTAN FIGHTING CHAMPIONSHIP)

Penyampaian hadiah disampaikan Exco Kerajaan Negeri Sembilan-Datuk Abu Ubaidah Redza.

((RTM NEGERI SEMBILAN ))