Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:33 AM UTC, May 27, 2018

Hasrat Mifa Lebur Rekod Tanpa Kalah Sabah, Tidak Kesampaian

  • Published in Sukan
Foto - FB Sabah Football Association

KELANA JAYA - Saingan bola sepak 100 plus Liga Premier 2018.

Perlawanan tunggal Liga Premier antara MIFA dan Sabah malam tadi menyaksikan keputusan berakhir seri 1 sama.
   
Perlawanan terlebih dahulu ditangguhkan 30 minit akibat hujan lebat di stadium majlis bandaraya petaling jaya.

Sebaik bermulanya perlawanan, aksi kedua-dua pasukan sedikit rencat berpunca permukaan padang yang basah.

Bagaimanapun pada minit ke 15 kesempatan situasi kucar kacir di hadapan pintu gol MIFA dimanfaat oleh Hector Omar Ramos, menyepak bola leret ke dalam gawang, memberikan gol awal buat Sabah.

Tidak mahu berdiam diri, tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 29 hasil tandukan terus B. Tinagaran berpunca dari sepakan sudut.

Separuh masa kedua, perlawanan seimbang,  kedua-dua pasukan saling berusaha mencari gol tambahan, namun gagal menemui penyudah.

Permukaan padang yang semakin buruk juga membantut usaha kedua pihak untuk memecah kebuntuan jaringan.

Keputusan muktamad Mifa dan Sabah seri 1 sama.

Keputusan seri ini cukup melonjakkan Sabah ke tangga 2 liga dengan mengumpul sembilan mata dan kekal dengan rekod tanpa kalah daripada lima perlawanan setakat ini.

Sementara MIFA kekal di tangga keenam liga dengan mengumpul 7 mata.

((RTM / TV))