Wednesday, November 13, 2019
updated 3:05 PM UTC, Nov 13, 2019

MABA sasar skuad wanita negara pertahan pingat emas di Sukan SEA Filipina

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) mahu pasukan wanita negara mempertahankan pingat emas Sukan SEA pada temasya sukan itu di Filipina, November nanti.

Timbalan Setiausaha Agung MABA, Sim Sin Heng berkata MABA juga turut menyasarkan kilauan pingat mampu diraih pasukan lelaki.

Pasukan lelaki, katanya telah menunjukkan prestasi yang cukup baik, dengan persatuan telah menyedia rancangan persediaan ke Sukan SEA yang cukup rapi.