Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:12 AM UTC, May 27, 2018

5 lagi Syarikat Tempatan Tampil Memberi Suntikan Tajaan Edisi Ke-23 Jelajah Berbasikal Le Tour de Langkawi.

  • Published in Sukan

5 lagi syarikat tempatan tampil memberi suntikan tajaan edisi ke-23 Jelajah Berbasikal Le Tour de Langkawi yang bakal membuka tirainya pada 18 Mac ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LTdL 2018, M Kumaresan menyifatkan penajaan tersebut sekaligus membantu memeriah dan melancarkan pengurusan perjalanan perlumbaan yang akan bermula di Kangar, Perlis..

Tambah M Kumaresan, penajaan tersebut membuktikan masih banyak syarikat tempatan mengiktiraf perlumbaan LTdL sebagai pemangkin untuk mempromosi produk keluaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

 5 syarikat berkenaan NUR Power Groups, Kerajaan Negeri Terengganu, Spritzer, Thule South East Asia Sdn Bhd dan Givi Asia Sdn Bhd.

NUR Power yang diwakili Pengarahnya, Tengku Zahaimi Tuan Hashim menyampaikan tajaan tunai berjumlah RM 300 ribu.

Turut sama memberi tajaan tunai adalah Kerajaan Negeri Terengganu, sebanyak RM 200 ribu.

Sementara itu, Spritzer, yang diwakili Eksekutif Acara dan Promosinya, Wayne Tan Khai Giap tampil selaku penaja minuman air mineral rasmi, dengan komitmen tajaan sebanyak 3,000 karton.

Penganjur LTdL 2018 turut menerima tajaan 50 unit rak bumbung daripada Thule South East yang diwakili Pengarah Urusannya, Don Wang dan Pengurus Pemasaran,Wong Eu Gene.

Bagi melindungi keselamatan kru bermotosikal di sepanjang laluan jelajah pula, Givi Asia turut menaja 200 unit topi keledar yang akan digunakan oleh pasukan polis, marsyal dan petugas media.

Edisi ke-23 LTdL 2018 dianjurkan oleh Ciclista Sports dan mendapat sokongan penuh kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Belia dan Sukan.

Perlumbaan 8 peringkat itu akan berlakhir pada 25 Mac ini.

((RTM))