Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:30 AM UTC, May 27, 2018

Piala Sanix 2018

  • Published in Sukan

Bola sepak. Ketua jurulatih skuad kebangsaan bawah 18-Tahun,

Bojan Hodak menggesa anak buahnya beraksi cemerlang dalam saingan Piala Sanix 2018.

Beliau berkata, saingan itu yang bakal berlangsung pada Khamis hingga Ahad ini di Fukuoka, Jepun, akan menjadi medan untuk mendedahkan pemain muda kepada kejohanan antarabangsa.

Hodak kini sedang membuat persediaan untuk membentuk pasukan terbaik menjelang dua kejohanan besar.

2  kejohanan tersebut adalah Kejuaraan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Bawah 18 pada Julai dan Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 18 pada Oktober.


((BERNAMA))